PROGRAM SUMUR 2019

Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan cetusan idea YB Dato Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Hasrat ini telah disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.
Matlamat program ini adalah untuk:
  • melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain
  • sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat
  • mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian
  • mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup
  • berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisma
Tajuk Aktiviti : Usrah Sumur SMK Guar Perahu 
Tarikh     : 18/1/2019
Masa       : 7.30_8.00 pg
Tempat   : kelas masing masing

Modul : Penampilan Diri
Kriteria : Kepimpinan
Ciri-ciri : Bijak membuat keputusan


Guru tingkatan diminta memberikan  markah kepada setiap pelajar mengikut skala 1 - 4 untuk kategori berikut:
Pemakaian
Tingkahlaku
Kepimpinan
Integriti

Gambar-gambar sekitar program















Share this

Previous
Next Post »