SEJARAH SEKOLAH



SEJARAH SMK GUAR PERAHU

1978   Y.B Datuk Hj Mohd Noor membuat cadangan dalam mesyuarat agung UMNO cawangan Guar Perahu dan  memohon Kementerian  Pendidikan pada ketika itu mendirikan sekolah menengah di sini.

1980   Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah mengenal pasti sebidang tanah untuk tapak sekolah. Walau bagaimanapun pihak tuan tanah telah membuka lot untuk dijual sebelum sempat tanah itu diambil oleh Pejabat Daerah. Namun Pegawai Daerah dan Penghulu mukim telah menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli tanah lot tersebut kerana tanah tersebut akan diambil oleh kerajaan untuk dijadikan tapak sekolah.

1980    Sekolah yang menelan belanja hampir RM 2.7 juta ini didirikan atas tapak tersebut.

1989  Seramai 330 pelajar mendaftar untuk sesi pertama persekolahan ini berbanding 780 orang sekarang.  Jika dahulu seramai 10.3% pelajarnya adalah kaum Cina dan India sekarang pelajarnya adalah 100% bumiputera.

1990   Bangunan SMK Guar Perahu mula digunakan setelah menumpang di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu.

2/2/91  SMKGP telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan iaitu Datuk Anwar bin Ibrahim.

1992    Bangunan Asrama Desa mula dibina.

1994    Asrama Desa mula digunakan.

1998    Projek pembinaan surau mula dijalankan.

1999    Surau siap dibina sepenuhnya dan mula digunakan.  Projek pembinaan Blok D dimulakan.

2000    Blok D siap dibina sepenuhnya.

2002    Pembinaan Dewan SMK Guar Perahu dan rumah warden dimulakan.

Julai 03 Dewan SMK Guar Perahu dirasmikan dan dinamakan Dewan Ibnu Sina.
             Rumah warden mula diduduki.

2006    Pembinaan dewan gimnasium dimulakan.

2007    Dewan Gimnasium dirasmikan dan mula digunakan.

Mei 07  Bilik operasi Kelab Usahawan Muda dirasmikan dan mula digunakan

2009  Gelanggang Petanque siap untuk digunakan. Gelanggang futsal mula beroperasi dan boleh digunakan.  Astaka sukan juga siap digunakan,



MAKLUMAT MANTAN PENGETUA


Senarai Pengetua yang berkhidmat di SMK Guar Perahu sehingga kini.


SENARAI PENGETUA SMK GUAR PERAHU

NAMA PENGETUA

TEMPOH BERKHIDMAT

1. Tuan Haji Ahmad Bin Abd. Kadir

16/11/1990 - 02/02/1995

2. Tuan Haji Fadzil Bin Jamaluddin

16/11/1995 - 03/05/1997

3. Tuan Haji Abu Bakar Bin Mat

01/06/1997 - 01/08/1998

4. Puan Hajah Rohani Binti Ishak

01/01/1999 - 20/05/2001

5. Tuan Haji Mizal Azman Bin Sharif

16/09/2001 - 16/02/2002

6. Puan Siti Maizon Binti Abu Bakar

16/02/2002 - 18/01/2007

7. Encik Nadzir Bin Ali

01/03/2007 - 15/06/2010

8. Encik Khaliqul Zaman Bin Mohamed Sheriff

16/05/2010 – 15/01/2014

9. Puan Hajah Rohaya Binti Shaari

16/01/2014 – 15/12/2014

10. Puan Azma Binti Ismail

16/12/2014 – 03/06/2018

11. Puan Zalina Binti Harisun

04/06/2018 - 

           12. Dr Mohamad Pisal Bin A Bakar