Pertandingan Petanque Antara Daerah Negeri Pulau Pinang

Pasukan petanque SMK GUAR PERAHU di bawah Koperasi SMKGP telah menyertai Pertandingan Petanque Antara Daerah Pulau Pinang anjuran Majlis Sukan Daerah Seberang Perai Tengah pada 21 Mei 2016. Pasukan petanque telah memenangi beberapa pingat yang dipertandingkan antaranya Johan Acara Double dan tempat ketiga acara triple. Tahniah diucapkan di atas kejayaan pasukan petanque sekolah.

PERLAWANAN BOLA SEPAK ZON PERMATANG PAUH

Pasukan bola sepak SMK GUAR PERAHU telah layak memasuki peringkat akhir perlawanan bola sepak Zon Permatang Pauh yang diadakan di padang SMKGP pada 24 Mei 2016. *Akhir* *Bawah 15* SMKGP - SMKGPI *Bawah 18* SMKGP - SMKSG Tahniah pasukan bola sepak SMKGP 15 & 18 TKB juara zon Permatang Pauh....👏 👏 👏 👏

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2016

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SMKGP 2016 telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 26 Mei 2016. Sambutan dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil di surau pada pukul 7.30 pagi. Sambutan diteruskan dengan acara sukaneka melibatkan guru dan pelajar. Selepas pelajar rehat pada pukul 11.00 pagi, acara di dalam Dewan Ibnu Sina bermula. Antara acara yang diadakan di dalam dewan ialah nyayian lagu Guru Malaysia, Ikrar Guru, sketsa pelajar, penyampaian hadiah sukaneka dan hadiah Anugerah Khas Guru. Acara diteruskan dengan sesi fotografi dan jamuan makan. Sambutan berakhir pada pukul 1.00 petang.