SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2016

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SMKGP 2016 telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 26 Mei 2016. Sambutan dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil di surau pada pukul 7.30 pagi. Sambutan diteruskan dengan acara sukaneka melibatkan guru dan pelajar. Selepas pelajar rehat pada pukul 11.00 pagi, acara di dalam Dewan Ibnu Sina bermula. Antara acara yang diadakan di dalam dewan ialah nyayian lagu Guru Malaysia, Ikrar Guru, sketsa pelajar, penyampaian hadiah sukaneka dan hadiah Anugerah Khas Guru. Acara diteruskan dengan sesi fotografi dan jamuan makan. Sambutan berakhir pada pukul 1.00 petang.

Share this

Previous
Next Post »