KOKURIKULUM

JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM 2023/2024
Pengerusi

Naib pengerusi



Setiausaha Kokurikulum
Penolong Setiausaha

Setiausaha Sukan
Pen Setiausaha Sukan
Pemantau Kokurikulum
1. Unit Uniform
2. Persatuan Akademik
3. Kelab Hobi & Rekreasi
4. Kelab Sukan & Permainan

Penyelaras-Penyelaras
1. Uniform
2. Persatuan Akademik
3. Kelab Hobi & Rekreasi
4. Sukan & Permainan

Ahli Jawatankuasa
Dr. Hj. Mohamad Pisal Bin A Bakar

En Muhammad Zaki Bin Khalid (Penolong Kanan Kokurikulum)
Pn Rohimah bt Baharudin (Penolong Kanan Pentadbiran)
Pn Hjh Norina bt Baharudin (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Pn Shahida bt Yusof
Pn Siti Mariyam bt Kamaludin

En Mohamad Ridzuwan bin Dahie
En Muhamad Syahrir b Ibrahim

Pn Noraini Inthira binti Abbas Govindasamy(GKSM)
Pn Hjh Saliza binti Ahmad  (GKB)
Pn Hazila binti Hashim (GKTV)
Pn Intan Baiduri Binti Husin (GKK)


Pn Hasyimah binti Ismail
Pn Hjh Siti Napisah bt Saad
Pn Norsarifahadilah binti Omar
Pn Siti Aspalina bt Mohamd Sharif

Pn Zahrul Nisa bt Md. Zabidi (Penyelaras 1M1S)





PENGURUSAN KOKURIKULUM

1.0   PENGENALAN

       Kegiatan  kokurikulum sekolah merupakan aktiviti luar bilik darjah dan merangkumi  aktiviti kelab dan persatuan, sukan dan permainan, serta unit beruniform. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap murid harus melibatkan diri. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah,mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani, dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

2.0  MATLAMAT

Matlamat Unit Kokurikulum bagi tahun 2022/23  adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dalam 3 bidang utama iaitu uniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Penumpuan semestinya dalam bidang sukan dan permainan kerana di dalamnya mengandungi elemen utama dasar negara iaitu 1 Murid 1 Sukan (1M1S). Matlamat utama lain yang ditetapkan ialah :

 

a)      Menyemaikan kesedaran dan kepatuhan murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.

b)      Meimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid.

c)      Mengembangkan potensi individu murid-murid secara menyeluruh.

d)      Membina dan meningkatkan disiplin murid

e)      Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara  sekolah.

f)       Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid dalam aktiviti yang diceburi.

g)       Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat.

 

3.0  OBJEKTIF   

a)    Perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani murid-murid.

b)  Memajukan dan mengembangkan minat, bakat dan kebolehan murid-murid melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum mingguan yang diceburi.

c)   Menggalakkan murid-murid supaya berani mencuba dan mempunyai keazaman yang tinggi melalui pertandingan-pertandingan sekolah, zon, daerah dan negeri.

d)    Melatih murid-murid mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah, memberi  kegembiraan serta pembinaa kesihatan dan kesejahteraan diri.

e)    Meningkatkan disiplin murid-murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Nergara.

f)     Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid-murid.

g)    Peningkatan penglibatan dan kerjasama antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.

h)   Mewujudkan kerjasama di antara semua persatuan,kelab dan unit beruniform bagi menjayakan program Merentas Desa, Kejohanan Olahraga Tahunan, Karnival Permainan Antara Rumah, Kem Motivasi Kepimpinan, Hari Kokurikulum dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar.

i)   Penglibatan pelajar dan guru penasihat sepenuhnya dalam merangka kejayaan Program 1 Murid 1 Sukan (1M1S)


AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti-aktiviti kokurikulum sekolah ini seperti berikut:
BIL
KELAB DAN PERSATUAN
PASUKAN BERUNIFORM
KELAB SUKAN DAN PERMAINAN
1
Bahasa Melayu
Kadet Remaja Sekolah
Bola Sepak & Futsal
2
Bahasa Inggeris
Bulan Sabit Merah Malaysia
Hoki
3
STEM
Pandu Puteri
Bola Jaring
4
Pendidikan Seni Visual (PSV)
Kadet Bomba dan Penyelamat
Badminton
5
Persatuan Agama Islam
Kadet Pertahanan Awam
Olahraga
6
Ekonomi Rumah Tangga (ERT)
Puteri Islam
Sepak Takraw
7
Pertanian
Pengakap
Bola Baling
8
Malaysiaku
Seni Silat Gayung
Petanque & Permainan Dalaman
9
Kebudayaan


10
Pencinta Alam

11
Komputer


12
Kerjaya


13
SPBT


14
Ulul Albab


15
Koperasi & Tunas Niaga


16
Pengguna


17
Doktor Muda