TAKLIMAT SIAP SIAGA MENGHADAPI GEMPA


       Taklimat Siapsiaga Menghadapi Gempa julung kali dilaksanakan demi untuk memberi pendedahan  ilmu berkaitan keselamatan diri dan persekitaran sekiranya berlaku sebarang gegaran luar biasa dalam kawasan sekitar  sekolah sebagaimana yang disarankan oleh pihak berwajib memandangkan situasi semasa kini agak kerap berlaku pergerakan tanah di kawasan  kejiranan negara Malaysia sehingga menimbulkan rasa bimbang dalam diri rakyat negara ini.

MATLAMAT

         Matlamat utama taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada warga sekolah tentang cara untuk menyelamatkan diri semasa berlakunya gegaran bagi mengelakkan rasa panik semasa situasi tersebut berlaku.

OBJEKTIF
1.      Pelajar dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan selamat.
2.      Memberi maklumat kaedah menyelamatkan diri semasa berlakunya gegaran bumi.
3.      Memberi pendedahan kepada warga SMK Guar Perahu tentang pentingnya sikap ambil peduli terhadap sebarang perubahan rekahan atau pergerakan di permukaan bumi.


Tarikh  : 16 Januari 2019
Masa    : 1.50 -2.50 petang.
Hari      : Rabu
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SMK Guar Perahu.

KUMPULAN SASARAN

Semua murid, guru-guru, dan staf  sokongan sekolah SMK Guar Perahu.

      AKTIVITI YANG DIJALANKAN.

Aturcara:
1.45      Murid berkumpul di dewan
1.50      Ucapan Pengerusi
1.55      Ceramah oleh:
1.Lans Koperal (PA) Mohamad Ridhwan Bin Mohd Rahim
Cawangan Pasukan Sokongan
2.Siti Nor Anis Najwa Binti Dahlan
Bahagian Pengurusan Angkatan
2.50      Bersurai


Gambar-gambar sekitar program