Taklimat Siapsiaga Menghadapi Gempa julung kali dilaksanakan demi
untuk memberi pendedahan ilmu berkaitan
keselamatan diri dan persekitaran sekiranya berlaku sebarang gegaran luar biasa
dalam kawasan sekitar sekolah
sebagaimana yang disarankan oleh pihak berwajib memandangkan situasi semasa
kini agak kerap berlaku pergerakan tanah di kawasan kejiranan negara Malaysia sehingga
menimbulkan rasa bimbang dalam diri rakyat negara ini.
MATLAMAT
Matlamat utama taklimat ini diadakan adalah untuk memberi
pengetahuan dan pendedahan kepada warga sekolah tentang cara untuk
menyelamatkan diri semasa berlakunya gegaran bagi mengelakkan rasa panik semasa
situasi tersebut berlaku.
OBJEKTIF
1.
Pelajar dapat mengetahui laluan yang betul untuk keluar dengan
selamat.
2.
Memberi maklumat kaedah menyelamatkan diri semasa berlakunya
gegaran bumi.
3.
Memberi pendedahan kepada warga SMK Guar Perahu tentang pentingnya
sikap ambil peduli terhadap sebarang perubahan rekahan atau pergerakan di
permukaan bumi.
Tarikh : 16 Januari 2019
Masa : 1.50 -2.50 petang.
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Ibnu Sina, SMK Guar Perahu.
KUMPULAN SASARAN
Semua murid, guru-guru, dan staf sokongan sekolah SMK Guar Perahu.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN.
Aturcara:
1.45 Murid berkumpul di
dewan
1.50 Ucapan Pengerusi
1.55 Ceramah oleh:
1.Lans
Koperal (PA) Mohamad Ridhwan Bin Mohd Rahim
Cawangan
Pasukan Sokongan
2.Siti
Nor Anis Najwa Binti Dahlan
Bahagian Pengurusan Angkatan
2.50 Bersurai
Gambar-gambar sekitar program