Majlis Persaraan Pn Maznah Binti Omar, Guru Cemerlang Sains

Pada hari Jumaat bersamaan 18 November 2016 telah diadakan Majlis Persaraan Pn Maznah Omar, Guru Cemerlang Sains SMKGP. Pn Maznah Omar telah berkhidmat sebagai guru selama 35 tahun dan menjadi guru di SMKGP selama 13 tahun. Sebelum itu beliau berkhidmat di SMKA Al Irshad. Beliau merupakan seorang guru yang berpengetahuan tinggi dan amat disenangi oleh guru-guru di sini. Beliau juga banyak menyumbang tenaga dalam memastikan kejayaan pelajar di sekolah ini terutamanya dalam subjek sains. Sekolah akan kehilangan seorang guru yang berdedikasi dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pendidikan. Semoga Pn Maznah terus berbahagia di samping keluarga tercinta.

Tentatif Majlis Persaraan Pn Maznah Omar, Jumaat, 18 November 2016

7.30 pg  - berkumpul d surau
               - bacaan surah yassin
               - tazkirah

Semasa tazkirah, semua guru/ kakitangan SMKGP berkumpul di tapak perhimpunan untuk bergambar kenangan dengan Pn Maznah Omar

9.00 pg  - rehat (semua)
9.30 pg  - berkumpul d kantin

MAJLIS PERSARAAN PN MAZNAH OMAR
9.45 pg  - ucapan pengacara majlis
               - ucapan wakil pelajar
               - ucapan pengetua
               - ucapan pn maznah
               - persembahan pelajar
               - penyampaian cenderahati
11.50 t/h  -pn maznah bergerak ke pejabat
12.00 t/h - thumb print
                 - send off