Majlis Perpisahan Pn Norafiza Mohamad

Pada hari Jumaat bersamaan 11/11/2016, telah diadakan majlis perpisahan untuk Pn Norafiza Mohamad, Guru Kanan Sains Dan Matematik yang bertukar ke SMK Berapit sebagai PK Kokurikulum. Pn Norafiza telah bertugas di SMKGP hampir 26 tahun, seusia dengan usia SMKGP. Pn Norafiza ditempatkan di SMKGP selepas tamat pengajian di USM. Ketika itu SMKGP baru sahaja dibuka. Pn Norafiza banyak menyumbangkan bakti di SMKGP terutamanya dalam bidang Sains dan Matematik. SMKGP akan kehilangan seorang guru yang berdedikasi dan berkaliber. Semoga Pn Norafiza terus cemerlang di tempat baru.

11 November 2016
Majlis bersalaman Pn Norafiza bersama pelajar
7.30 Bacaan Surah Yasin
8.00 Ucapan pengerusi majlis
         Ucapan wakil pelajar
         Ucapan Pn Asma Salleh
         Ucapan Pengetua
         Ucapan Pn Norafiza
         Majlis Bersalaman bersama guru dan pelajar
         Jamuan makan























Share this

Previous
Next Post »