Majlis Persaraan Tn. Hj. Ahmad Tarmizi bin Saad, Guru Cemerlang Pendidikan Islam SMK Guar Perahu

Pada tanggal 29 Julai 2016, telah diadakan satu majlis persaraan khas buat Tn Hj Ahmad Tarmizi bin Saad, guru Pendidikan Islam di SMK Guar Perahu yang juga merupakan Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Sekolah akan kehilangan seorang guru yang mesra dengan panggilan Ustaz Tarmizi. Ustaz Tarmizi merupakan seorang guru yang berdedikasi dan sentiasa prihatin terhadap anak muridnya. Beliau sentiasa mendidik anak murid supaya sentiasa mematuhi segala perintah Allah terutamanya dalam mengerjakan solat. Ustaz Tarmizi telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 29 tahun 7 bulan. Banyak pencapaian dan kejayaan yang telah dicapai sepanjang petkhidmatan beliau sebagai seorang guru. Berikut gambar- gambar sepanjang majlis persaraan:


























Share this

Previous
Next Post »